Minggu 4 - tugasan 2
lms (learning management system) dan
cms (content management system)
Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kuliah minggu keempat ini saya telah diberi penerangan tentang Learning Management System (LMS) dan Content Management System (CMS). Secara ringkas, CMS dan LMS mempunyai persamaan iaitu berfungsi sebagai pendaftaran pengguna dalam kursus, komunikasi dengan pelajar, mengesan prestasi pelajar dan melancarkan bahan pembelajaran. LMS adalah istilah yang diguna dengan meluas untuk merangkumi sistem-sistem yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran atas talian untuk pelajar, guru, pensyarah dan pentadbir sistem.
Pada awalanya memang saya tidak tahu langsung mengenai lms dan cms ini kemudian saya membuat hasil carian dengan menggunakan bantuan encik "Google" dan setelah itu saya mula faham sikit demi sedikit. Keputusannya, amat memberansangkan kerana aplikasi lms dan cms ini amat dekat dengan saya kerana sebagai seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Kampus Induk Bangi .Pengajian Pendidikan khas Tahun Satu 2015/2016,. Jadi ,saya akan manfaatkan ilmu mengenai tajuk Komputer Dalam Pendidikan ini di alam pekerjaan kelak.
APA ITU LMS?
Learning Management System (LMS) merupakan aplikasi atas talian yang menggunakkan perisian percuma untuk digunakkan dalam bidang pendidikan khususnya. Umumnya, LMS ini merupakan aplikasi berasaskan web yang berbentuk elektronik untuk mengurus pembelajaran, mengesan hasil pembelajaran, menguruskan sumber pembelajaran seperti nota, latih tubi dan kertas kerja. Bukan itu sahaja, LMS boleh dieertikan sebagai system pengurusan yang sistematik. Sistem ini ialah laman web yang berasaskan teknologi untuk mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi antaranya ialah edmodo.com, atutor, sakai dan lain-lain.
APA ITU CMS?
Course Management System adalah sebuah sistem yang memberikan kemudahan kepada para penggunanya. Ia merupakan sebuah software berbasis web, digunakan untuk mengurus kandungan yang terdapat dalam sebuah web. Contoh CMS ialah Wordpress, Moodle, Joomla! Dan banyak lagi. CMS tidak memerlukan pengendali yang mempunyai pengetahuan pemprograman yang mahir kerana ianya mesra pengguna. CMS dibuat menggunakan PHP (Personal Homepage) atau HTML (Hypertext Markup Language) iaitu bahasa yang digunakan untuk membuat sebuah laman web.
FUNGSI LMS
Seperti kita sedia maklum, LMS ini banyak memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah dalam pembelajaran khususnya. Perisian-perisian percuma yang disediakan secara percuma ini sememangnya amat berfungsi dalam menguruskan pembelajaran. Antaranya ialah :
- LMS berfungsi menjadi medium komunikasi antara pelajar dan pensyarah
- Seterusnya, pelajar dapat menggunakan LMS untuk memuatkan turun nota dan menaikkan nota-nota atau tugasan.
- LMS juga berfungsi sebagai platform untuk memasukkan maklumat tentang hal-hal terbaru kepada pelajar.
- Selain itu, fungsi LMS juga ialah untuk mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
FUNGSI CMS
CMS pada dasarnya dapat digunakan untuk pelbagai keperluan dalam pelbagai keadaan. Contohnya:
- Mengelola website peribadi
- Mengelola website bisnes
- Portal atau website untuk berkomunikasi
- Sebagai galeri foto dan sebagainya
- Medan forum
- Aplikasi E-commerce
KEBAIKAN LMS DAN KELEMAHAN LMS
KEBAIKAN :
- Mempercepatkan atau memudahkan sesautu tugasan itu dapat dilakukan.
- Meningkatkan penggunaan ict dalam kalangan pelajar
- Mengurangkan bebanan pelajar dan pensyarah.
- Dapat mewujubkan forum dua hala secara atas talian. Melalui forum atas talian ini, pelajar dan pensyarah dapat berkomunikasi melalui atas talian untuk berkongsi maklumat berkaitan. Maklumat-maklumat dapat diterima dengan lebih cepat.
KELEMAHAN :
- Sistem LMS sering mengalami ganggu sambungannya kerana sistem ini merupakan system atas talian atau ‘online’ sepenuhnya.
- Mengurangkan pertemuan dua hala secara langsung
KEBAIKAN CMS
CMS mempunyai banyak kelebihan kepada penggunanya. Antaranya ialah:
- Keadaan design website mudah dijaga
- Kandungan yang dikehendaki dapat dipaparkan tanpa diedit oleh orang lain.
- Lebih konsisten
- Mengukuhkan proses penulisan kandungan
- Proses kemaskini untuk halaman sedia ada dan halaman baru dengan lebih pantas
- Meningkatkan tahap fleksibel
- Menyokong banyak penulisan dan pengurusan
- Meningkatkan tahap keselamatan website
- Mempunyai kapasiti yang besar
- Mengurangkan kos penyelenggaraan satu-satu laman web.
- Proses sign-up yang mudah.
KELEMAHAN CMS
Selain kebaikan, CMS turut mempunyai sedikit kelemahan iaitu:
- Kurang fleksibel
- Tidak boleh menggunakan script adsense
- Tidak boleh mengedit CSS, sebenarnya boleh tetapi harus menaiktaraf ke versi berbayar.
- Penampilan dashboard yang kompleks
- Tidak boleh menambah plugin
- Bentuk dan filter website sama dengan website yang lain yang dibuat dengan CMS yang sama
- Filter dan fungsi website yang sama
APAKAH PERISIAN LMS
Antara perisian LMS( Learning Management System) yang digunakan oleh pelajar UKM ialah IFOLIO. IFOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM.Pelajar menggunakan IFOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota,malah perbincangan tentang tajuktajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah.Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang info terbaru kepada pelajar.
Selain IFOLIO perisian sumber terbuka untuk LMS ialah:
CLAROLINE:http://www.claroline.net , Dokeos:http://www.dokeos.com , LRN:http://www.dotlrn.com , ATUTOR:http://www.atutor.ca , OLAT:http://www.olat.org , Sakai:http://www.sakaiproject.org
APAKAH PERISIAN CMS
Manakala bagi CMS (Content management System ) sangat membantu sebagai pembukaan website / blog dan sebagai perisian yang menyokong kursus pendidikan atau Akademik. Selain itu, antara perisian CMS ialah :
- mengendalikan website peribadi
- mengendalikan website perusahaan sendiri / bisines
- portal rasmi /wesite komuniti
- galerI foto
- forum
- aplikasi e commerce
- blog
Selain itu, antara contoh perisian CMS (Content Management System) daripada hasil carian saya ialah seperti
JOOMLA : http:// www.joomla.org
WORDPRESS : http://www.wordpress.com
DRUPAL : http:// www.drupal.org
MOVABLETYPE : http:// www.movabletype.com
RUMUSAN
Kesimpulannya, CMS ialah satu medan perbincangan pelajar dengan pengajar. Pelajar dan pengajar dapat berkongsi pengetahuan tentang pembacaan dan teruskan perbincangan formal di dalam kelas berdasarkan maklumat kandungan yang telah disediakan. Bagi LMS pula, selain mempunyai nilai komersial atau sumber terbuka, LMS menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang pengajar iaitu guru. Malah, pelajar lebih mudah mendapatkan bahan lalu berkongsi hasil pembelajaran hanya di atas talian.
RUJUKAN
- http://solehahrazak.blogspot.my/2012/09/minggu-ketiga.html
- http://noradibahibrahim.weebly.com/uploads/3/9/3/0/39306469/learning_management_system.pdf
- https://id.wikipedia.org/wiki/Learning_Management_System
- http://a140372s1k3.blogspot.my/2012/10/cms-lms.html
- http://abdullahsukan.blogspot.my/2012/10/perbezaan-antara-lms-dengan-cms.html
- http://www.scribd.com/doc/20838146/LMS#scribe
- http://belajartanpabuku.blogspot.my/2013/04/learning-management-system.html
- http://searchcio.techtarget.com/definition/learning-management-system