Minggu 3 - tugasan 1
komputer sebagai 'alat', 'guru', dan 'PELAJAR'
Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubah daripada sesuatu yang berdasarkan kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan teknologi terkini.Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan komputer untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan penggunaan teknologi masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan di samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan tentang apa yang di sampaikan.
Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1. Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya penggunaan komputer dapat dilaksanakan dengan berkesan.
2. Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT.
3. Penggunaan komputer dapat mengurangkan beban tugas guru dan pelajar disamping setiap kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.
A. Komputer Sebagai Alat
Komputer dikatakan sebagai alat komunikasi kerana dapat berinteraksi secara langsung dengan manusia misalnya dalam mengumpul data. Selain sebagai alat membantu guru mengajar dan merekod data harian, pelajar juga boleh menjadikan komputer sebagai alat hiburan, mencari maklumat, mendapatkan informasi seperti lalu lintas, cuaca, produk, berita, pekerjaaan dan sebagainya.
B. Komputer Sebagai Guru
Sudah menjadi rutin harian kepada seorang guru menggunakan komputer. Hal ini kerana, guru harus merekod data-data pelajarnya, mencari bahan untuk diajar di dalam kelas kelak, menyimpan data-data sebagai rujukan, mencetak serta memaparkan kepada pelajar di bilik tayangan dan sebagainya. Oleh itu, Komputer dapat mengurangkan beban guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana nota-nota kuliah serta tugasan individu atau tugasan secara berkumpulan secara atas talian. Guru harus bijak menggunakan aplikasi di dalam komputer kerana dengan cara ini lebih mudah dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.
C. Komputer Sebagai Pelajar
Satu Pelajar Satu Komputer adalah matlamat dalam melahirkan generasi yang celik IT serta menjadikan komputer sebagai alat penghubung antara satu sama lain. Malah, komputer bukan sahaja banyak menyumbang kepada pelajar tetapi menjadi rujukan pertama untuk mencari maklumat dan bahan pembelajaran. Komputer berperanan kepada pelajar dalam proses pembelajaran. Selain itu, komputer sebagai alat penghibur kepada pelajar agak proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan.
Kesimpulannya, pelbagai manfaat boleh didapati dari komputer sebagai alat, guru dan pelajar ini. Hal ini kerana zaman kini teknologi telah berkembang ke seluruh dunia dengan pantasnya.Selain itu, generasi Z ini, mudah untuk mendapatkan aplikasi dan kemudahan internet hanya dihujung jari sahaja. Justeru, perkara yang bermanfaat haruslah diambil sebagai contoh dan tolak perkara yang negatif.